Salam semua,
Agak lama saya tidak update blog ini, akibat kekurangan masa terluang...
Kali ini saya ingin bercerita sedikit berkenaan mesin larik yang digunakan bagi melarik kayu. Mesin larik ialah sejenis mesin yang boleh digunakan untuk melarik kayu, tidak kira besar atau kecil kayu yang bakal dilarik. Yang pentingnya kuasa kuda dan saiz mesin tersebut. Kuasa kuda antara 1-2 kk adalah sesuai untuk melarik kayu yang sederhana besar saiznya iaitu antara 2 in. diameter hingga 16 in. Manakala mesin yang lebih besar adalah diperlukan untuk melarik kayu yang lebih besar seperti saiz yang melebihi 16 in. diameter dengan kepanjangan menjangkau 12 ka. atau lebih sesuai disebut tiang(e.g tiang rumah, cokmar dll. - tak boleh beritahu semua, ni idea komersil...)
Jenis-jenis mesin juga ada bermacam-macam jenis, tapi sayangnya tiada satu pun buatan Malaysia. Jadi kita perlu mendapatkannya dari luar negara seperti Jepun, Cina, US, UK dll. yang harganya sekitar RM2,000.00 - RM50,000.00 siap sampai depan tangga rumah. Kesemuanya diperbuat daripada keluli jenis 'cast iron' yang tahan karat.
Saya sendiri telah mendapatkan sebuah mesin lama yang diubah suai oleh seorang pakar mesin di Segamat. Saya amat bernasib baik kerana telah berpeluang mengenali beliau dan seterusnya dapatlah saya menempah mesin larik pertama saya. Kira boleh tahan dan dapatlah saya menyiapkan sebanyak 20 mangkok kayu setakat ini. Beliau bersedia membekalkan mesin larik untuk pelanggan di Malaysia dari jenis terpakai yang diperolehi dari lelongan awam. Saya lihat masih ada lagi beberapa mesin larik terpakai (malah bermacam-macam mesin lagi bagi kegunaan lain yang boleh diubahsuai oleh beliau!) yang boleh diperbaiki mahupun diubahsuai bagi kegunaan projek larik kayu di bengkel beliau. Saya telah membeli mesin tersebut pada harga RM2,300.00 tanpa banyak soal lagi. Ini kerana berdasarkan research yang saya buat di internet, mesin larik yang saya beli ini, sepanjang 5 ka. dengan 1.5 kuasa kuda berada disekitar RM12,000.00 - RM18,000.00 mengikut brand (siap hantar).
Selain itu mesin larik ini juga perlu disesuaikan aliran elektrik nya supaya sesuai bagi kegunaan kediaman, jadi amat penting saya mendapatkan nasihat kepakaran beliau bagi tujuan ini.
Perlu juga diketahui serba sedikit bahawa terdapat juga jenis mesin larik yang sesuai digunakan untuk melarik produk yang lebih keras umpamanya batu dan besi(metal). Mesin yang sesuai bagi maksud ini ialah jenis 'CNC lathe' yang boleh digunakan secara manual serta 'computerized'. Namun demikian, harganya pastilah lebih mahal berbanding mesin larik kayu. Dengan mesin ini kita boleh melarik batu. Ya, batu di negara kita pastilah terdiri daripada bermacam-macam jenis warna dan cantik-cantik seni uratnya. Saya amat meminati seni yang ada dalam batu, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana peralatan yang lebih mahal dan sofistikated. Kita juga boleh menghasilkan barangan yang lebih bermutu serta tahan lama dan saya amat pasti akan mempunyai peminat yang bukan sedikit...dan saya juga ingin memiliki mesin jenis ini suatu masa nanti...tapi siap lah harga nya dari RM50,000.00 ke atas!
Sekian, bertemu lagi.
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)