Drp donlarik,
Salam semua,kali ini saya ingin bercerita sedikit berkenaan keadaan kayu yang sesuai bagi projek larik mangkok kita.
Ya, terutamanya kayu yg bakal digunakan tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Maksud saya samada ia kering atau masih hidup (green wood) iaitu yang baru ditebang dari pokok hidup. Kayu yang sudah kering atau mati tidaklah sukar untuk kita larik tetapi agak keras ketika proses melarik. Manakala kayu hidup adalah sedikit lembut dan lebih mudah untuk dilarik. Bagaimanapun berkemungkinan besar ia akan pecah ketika proses pengeringan berlaku akibat drp pemeluapan kandungan air di dalam kayu itu. Di negara barat biasanya proses pecahan (cracking) ini boleh dielakkan dengan menyapukan ejen pelindung pecahan yang kebanyakannya dari jenis minyak mahupun 'water base'. Melaluinya kita dapat melindungi hasil kerja kita drp pecah setelah dilarik. Tetapi oleh kerana sukarnya untuk mendapatkan ejen pelindung ini di negara kita(kebanyakan negara pengeluar tidak membenarkan ia diekspot kerana mengandungi bahan mudah terbakar), maka kaedah tradisional terpaksa digunakan iaitu dengan membiarkan kayu yg baru ditebang itu kering atau mati. Bagi mengelakkannya drp pecah, kayu-kayu tersebut tidak boleh dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari terus (direct sunlight) dan hendaklah terlindung atau paling mudah disimpan di dalam stor khas. Selain itu, adalah disarankan supaya kita menyapu bahagian yg dipotong(end grain) dengan cat 'sealer' supaya air yg terkandung di dalam kayu tidak keluar secara mendadak dan seterusnya menyebabkan ia pecah. Setelah kayu menjadi betul-btul kering, biasanya anatra 1-2 bulan, barulah proses melarik dimulakan.
Sekian, insyaallah akan disambung berkenaan jenis-jenis kayu yg boleh digunakan yg terdapat di negara kita.
Friday, July 31, 2009
Jenis-jenis Kayu Untuk Larik Mangkok
Labels:
bowl turning,
kayu,
kraf,
larik mangkok,
projek kayu,
wood turning
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment