Assalaamualaikum & salam sejahtera!
Apakah dia Bowl Turning atau Larik Mangkok - agak janggal bunyinya!? Iya, kita amat kurang mendengar perkataan ini, terutamanya dikalangan penduduk Malaysia. Boleh dikatakan ia tidak sehebat Mawi atau Black, malah jauh sekali bezanya.
Secara dasarnya melarik mangkok melibatkan kerja-kerja pemilihan jenis kayu, memusing, 'sanding' dan 'polishing', ...sama je dgn pembuatan perabut, cuma kita di sini tidak didedahkan dgn hobi atau kerja ini. Tidak dinafikan memang ada dikalangan kita yang menggunakan mesin larik untuk memusing kayu. Tetapi hasil yg dikeluarkan ialah antaranya kompang, balustrade, grill kayu tradisional utk tingkap, cokmar dan banyak lagi. Ini semua adalah hasil-hasil kayu yg tidak kurang pendapatannya. Tetapi disini saya ingin mengetengahkan hasil kayu yg dilarik utk mangkok(bowl turning). Dan disini apa yg saya ingin tujukan ialah perbincangan berkaitan keindahan seni kayu itu sendiri, iaitu sebagaimana tajuk post ini. Ini ialah post saya yang kedua berkaitan larik kayu. Blog pertama bertajuk Ukir Mangkok telah saya delete kerana tidak saya update sejak 1 tahun lalu.
Sepanjang pengamatan dan pencarian saya, hobi mengukir atau melarik mangkok di Malaysia amat kurang, malah boleh dikatakan mereka yang bergiat dalam bidang ini(bowl turning) tidak lebih daripada 10 orang, (jika ada info. berkaitan bilangan ini sila komen), ini mungkin disebabkan ia bukan tradisi kita di sini ataupun salah satu bidang seni yang telah lama dilupakan sehingga menjadikan ia kelihatan seperti telah tertinggal atau dilupakan dari warisan nenek moyang kita. Sekali lagi saya mohon perbetulkan sekiranya saya silap. Ini kerana pernah juga saya diberitahu bahawa seni pembuatan mangkok kayu yang dahulunya digunakan sebagai bekas makanan, ini telah tidak lagi wujud di negara kita kerana kini mangkok seramik menguasai pengguna. Saya bukan ingin membincangkan tentang kegunaan mangkok itu kepada manusia, tetapi disini saya ingin membincangkan seni yang terdapat pada kayu itu sendiri. Bagi penggemar seni pembuatan sarung parang, mereka pasti mengetahui jenis-jenis kayu yg digunakan antaranya yg saya ketehui sepetir, balau, merbau, kayu arang, rengas dll. yang kesemuanya menghasilkan seni kayu yang tinggi mutunya dan mahal harganya. Pernah saya menemui seorang pembuat sarung parang yang menggunakan kayu jenis sepetir, saya menawarkan RM500.00 utk sarung parang tersebut, beliau hanya membisu seribu bahasa, maksudnya harga tersebut tidak sampai kpd nilai seni yang dihasilkan...ya... itulah nilai seni yang ingin saya ketengahkan, nilai seni kayu yang terdapat dalam pembuatan mangkok itu sendiri. Setakat yang saya ketahui(saya katakan begini sebab pengetahuan saya amat terhad berkaitan seni kayu ini) seninya terdapat pada urat-urat kayu serta warnanya yang bermacam-macam yang boleh memberikan impak yang sangat tinggi kepada 'end product' nya. DAN yang paling utama ialah jenis-jenis kayu yang terdapat di Malaysia masih terlalu banyak dan bermacam-macam jenis bagi kegunaan membuat mangkok kayu, paling kurang acasia yang lembut dan bertaburan di belukar-belukar negara ini dan tidak digunakan walau sedikit pun(sila komen pendapat saya ini). Cuba fikirkan kenapa kayu jati digunakan dengan meluas dalam pembuatan perabut...
Ok lah, kalau nak cerita panjang. Nantilah saya akan bercerita lagi pada masa akan datang, insyaallah. disini ingin saya beritahu, ini semua berdasarkan minat saya terhadap urat-urat kayu yang ada pad pembuatan sarung parang dan ia boleh dipindahkan kpd mangkok kayu.
Donlarik.

No comments:
Post a Comment